Seminar

BUTIRAN ACARA


NAMA PROGRAM  : SEMINAR RUKHSAH IBADAH & ISU FIQH 2014
TEMPAT              : DEWAN KULIAH PUSAT 3, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
TARIKH               : 25 & 26 APRIL 2014
PENYERTAAN      : TERBUKA KEPADA PELAJAR, PENSYARAH DAN ORANG AWAM
BAYARAN            : RM 50 (PELAJAR) , RM 100 (PENSYARAH DAN ORANG AWAM) 
*Bayaran ini hanya merangkumi makan minum peserta, kertas kerja, dan VCD Rukhsah Ibadah, tetapi tidak merangkumi penginapan. Untuk maklumat penginapan boleh klik di sini.


LATAR BELAKANG


      Firman Allah SWT:Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” [Al-Baqarah: 153]

 “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” [Al Baqarah: 155-157]

    Pengamalan Islam di hospital amatlah terhad. Pesakit berasa diri terlalu uzur untuk solat sementara doktor dan jururawat sibuk dengan kerja masing-masing. Masing-masing hanyut dalam dunia masing-masing.Rasionalnya, pesakit mestilah lebih mendekatkan diri dengan Allah di waktu kesakitan, kerana Allahlah yang menguji mereka dengan sakit itu. Serta sabar dengan ujian, agar mereka beroleh ganjaran atas ujian yang ditimpakan.

    Sakit bukanlah alasan kita melupakan Allah SWT. Sakit adalah musibah, tapi sabar dalam sakit itu adalah rahmat, sabda Rasulullah: “Tidak ada seorang muslim yang terkena gangguan berupa penyakit, atau selainnya, kecuali Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya seperti pohon menggugurkan daunnya” [HR Al-Bukhari dan Muslim]


    Maka, menjadi satu kelebihan bahkan kewajipan seorang doktor Muslim mengetahui hukum-hakam berkenaan ibadah pesakit dan tatacara ibadah pesakit yang mana Allah telah memudahkan dengan rukhsah (kemudahan). Rasulullah s.a.w. ketika mengutuskan Muaz dan Abu Musa ke Yaman, baginda bersabda: “Sesungguhnya agama Islam agama yang mudah. Maka, permudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan, sampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari”.[HR Bukhari dan Muslim]



TENTATIF


Masa Perkara
Jumaat, 25 April 2014
7.00-8.30 pagi Pendaftaran
8.30-9.00 pagi Muqaddimah Rukhsah dalam Solat (Ustaz Mohammad Nazri Dewa)
9.00-10.00 pagi Perasmian
10.00-10.30 pagi Minum Pagi
10.30-12.30 tengahari Teori : Pengenalan Erti Tayamum & Cara Solat Orang Sakit
12.30-2.00 petang Makan tengah hari dan Solat Jumaat
2.00-5.00 petang Praktikal : Tayamum & Solat Orang Sakit
5.00 petang Minum Petang dan bersurai



Masa Perkara
Sabtu, 26 April 2014
7.00-9.45 pagi Kedatangan Hari ke-2
SYMPOSIUM 1: ISLAM DAN PERUBATAN
9.00-9.30 pagi Islam and Health (Prof. Dr. Mohamed Adel Mohamed Abdel Rahim Elkadi)
9.30-10.00 pagi Konsep Hospital Mesra Ibadah (Prof. Dato' Dr. Nik Mohd Nasri Bin Nik Ismail)
10.00-10.30 pagi Dilema Pesakit Berpuasa (Dr. Hilmi Lockman)
10.30-11.00 pagi Minum pagi
SYMPOSIUM 2: FIQH DAN ISU KONTEMPORARI
11.00-11.30 pagi Rawatan Kemandulan Dalam Perspektif Islam (Prof. Madya Dr. Muhammad Shamsir Bin Mohd Aris)
11.30-12.00 tgh Pembedahan Plastik Dalam Perspektif Islam (Dr. Rosliza Binti Ghazali)
12.00-12.30 tgh Konsep Wakaf Dalam Perubatan (MAINS)
12.30-2.00 ptg Rehat & Solat
SYMPOSIUM 3: HALAL & HARAM DALAM PERUBATAN
2.00-2.30 ptg Vaksinasi Dalam Perspektif Islam (Dr. Nurul Azmawati Binti Mohamed @ Abd Aziz)
2.30-3.00 ptg Penggunaan Ubat “Sumber Haram” semasa Darurat (Dr. Khairun Nain Bin Nor Aripin)
SYMPOSIUM 4: FIQH & ETIKA PERUBATAN
3.00-3.30 ptg Pendermaan Organ & Autopsi (Dr. Mohd Dzulkhairi Bin Mohd Rani)
3.30-4.00 ptg Eutanasia & Penjagaan Pesakit Tenat (Prof. Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor)
4.00-4.30 ptg Aurat Dalam Perubatan (Prof. Madya Dr. Zairina Binti A. Rahman)
4.30-5.00 ptg Majlis Penutup, Minum Petang, Bersurai

"PERUBATAN MENUJU MARDHATILLAH"